Selasa, 18 Disember 2012

Diari 1 - King The American Shorthair Cat, Permulaannya....

Memperkenalkan-------------------------> King, Our American Shorthair Cat!

Inilah kucing kami. King nama die. Namanya diberi oleh breedernya sendiri dari Johor.  Oleh kerana namanya boleh diterima, kami setuju supaya tak tukar nama. Memang die akan jadi King pun. King dihati kami.  Maklumlah rezeki anak belum sampai lagi. huhu.  Oky aku nak ceritakan terlebih dahulu macammana boleh timbul rasa nak bela kucing Baka ASH ni.



Kenapa ASH? kenapa tak bela parsi? kenapa tak bela kucing domestik je? comel-comel jugak kan?   Ceritanya mcmni.  Ianya bermula pada awal bulan Mei tahun 2011.  Kami suami isteri ke Sunway Piramid saje nak jalan2.  Kebetulan pulak masa tu ada Cat Show Anjuran MCFA.  Apa lagi Berdereeet kucing dipamerkan.  fuuuhhh...cantikk, comel, ganas semua ada.. masa tu la baru aku tahu ada byk jenis baka kucing kat dunia ni.  Selama ni tahu Kucing Parsi je.  dalam byk2 tu, 3 ekor yang menarik minat aku.

Yg pertama :- Kucing Bengal
Cantik beb corak die! mcm harimau bintang! nampak keganasannya tuh. dengan warna keemasan dan kilauan bulunya mmg menggiurkan.  ditambah dengan manja pulak tuh. pada sesapa yang teringin dan berani nak bela harimau (confirm tak berani punye), belilah Bengal untuk peliharaan korang.

Kedua         :- Kucing Maine Coon
Kalau Bengal tadi mcm harimau, tapi baka Maine Coon ni pada mata aku mcm Singa! Mungkin sbb bulu kat dada die panjang kot sbb tu nampak mcm Singa.  Bulu plak mcm parsi la lebih kurang. Cuma bulu di bahagian ekor lebih panjang berbanding lain2 bulu di anggota badan kucing tuh. Saiz? HUGE! besar weiiii...  Klu korang google, itulah kucing terbesar didunia.

Ketiga         :- Kucing American Shorthair
Yang ni nampak lain.  Buat aku pandang lama je kat kucing ni.  Corak bulu cantik.  kat ekor mcm ada cincin putih lak.  Muka nak kata bulat, xlah bulat sgt. tapi smart juga baka nih.  Sbb dah kucing ni jatuh no. 3 dalam pemerhatian aku, xdelah aku komen lama sgt masa tgk tu.  Dah aim nak sebat baka kucing Bengal atau Maine Coon.

Balik je rumah, terus google pasal Bengal dan Maine Coon.  Google Bengal dulu, sekali keluar artikel KUCING TERMAHAL DIDUNIA. Hoh? biar betul?  Google google lagi keluar Kittunkatz.  ooo ada breeder kat Kelantan.  Diiktiraf TICA lagi.  Habis blog dgn website die aku baca.  Nak tahu ttg Bengal la katakan. Semangat2!  Nak tanya harga, confirm mahal punye.  Yelah tengok gambar2 kucing die, pergh terbaik. Kalah yang ada kat Cat Show tuh.  Sampai orang luar negara pun beli kat die.  Pendek cerita, ilmu tentang Bengal dapatlah skit hasil mentelaah secara maya.


Bersambung..... (dah pukul 5 ptg, nak balik!)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan